Perintah Kawalan Pergerakan Bakal Dilanjutkan? Biar Betul!

1,793

Hari ini, sudah genap seminggu perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Kini, terdapat desas-desus mengatakan bahawa perintah tersebut akan dilanjutkan untuk tempoh yang lebih lama jika rakyat masih berdegil dan tidak mahu mematuhinya. Berikutan dengan itu, majoriti rakyat menyuarakan kebimbangan mereka tidak kurang juga yang mengambil inisiatif menyebarkan kesedaran serta menggesa orang ramai agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan berkenaan perlanjutan perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan minggu hadapan. Perintah tersebut mungkin akan dilanjutkan berdasarkan situasi semasa iaitu penularan wabak COVID-19.

Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan mesyuarat sebelum tamat tempoh kawalan pergerakan pada 31 Mac. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan langkah seterusnya sama ada untuk melanjutkan tempoh PKP ke seminggu atau 2 minggu lagi berdasarkan perkembangan semasa.

Jika perintah ini benar-benar mendatangkan hasil yang positif dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan, agensi lain dan orang awam, berkemungkinan penularan wabak COVID-19 di Malaysia dapat dibendung.

Selain itu, PM Muhyiddin Yassin mendedahkan tentang kadar pematuhan rakyat berkenaan perintah yang dikeluarkan adalah sebanyak 90% dan beliau berharap agar ianya boleh mencapai 100%. Di samping itu, ianya boleh dikategorikan sebagai sebuah langkah yang berkesan jika kadar pergerakan orang ramai dapat diturunkan kepada tahap minimum.

Justeru itu, beliau mengingatkan agar rakyat Malaysia mengambil berat serta cakna dengan perintah tersebut dan hanya keluar rumah jika ada keperluan seperti membeli barangan asas atau ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, segalanya perlu dilakukan dalam kadar yang segera supaya dapat pulang ke rumah dengan cepat serta dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat