Perjanjian Brexit Semakin Rumit – Boris Johnson Ingin Buat “U-Turn”?

192

Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Selasa tampil memberi informasi terkini mengenai rundingan perjanjian perdagangan Brexit dengan mengatakan bahawa UK tidak teragak-agak untuk menamatkan rundingan perdagangan pasca-Brexit tanpa kesepakatan. Kenyataan ini dikeluarkan selepas sehari Boris Johnson bersetuju untuk bertemu dengan ketua Suruhanjaya Eropah sebagai usaha terakhir untuk memecahkan kebuntuan.

Kini berbaki lebih dari 3 minggu sebelum Britain menyelesaikan pengunduran negara tersebut dari blok Eropah, Johnson dijadualkan akan bertemu dengan ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada minggu ini setelah para perunding kedua-dua belah pihak gagal untuk merapatkan jurang dalam rundingan.

Kedua-dua pihak masih tersekat dalam 3 isu utama yang menyebabkan kebimbangan terhadap prospek yang lebih buruk bakal dilalui oleh kedua-dua pihak dengan perjanjian perdagangan yang berjumlah $ 1 trilion setahun menjadi timbangan.

Walaupun begitu, beliau tidak teragak-agak untuk mengagalkan perjanjian namun beliau menegaskan bahawa beliau akan berusaha semampu mungkin untuk mementerai perjanjian perdagangan dengan EU. Jika toleransi yang diberikan adalah kurang memuaskan maka UK akan meneruskan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Australia iaitu tidak melakukan perjanjian bebas dengan EU atau dengan kata lain perdagangan dilakukan dengan berdasarkan syarat Organisasi Perdagangan Dunia.

Disisi lain, Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis, Clement Beaune, memberitahu dalam kenyataan terbaru pada hari Selasa bahawa dalam isu perikanan, tiada sebab untuk mengalah dengan tekanan daripada UK.

Beaune turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Perancis akan menggunakan kuasa vetonya sekiranya perjanjian yang ‘buruk’ dicapai dalam rundingan ini.

Matawang pound sterling meneruskan penyusutan berbanding US dolar dengan susut sebanyak 0.15% kepada paras tukaran 1.3358 setakat jam 9.40 p.m.

Harapan pasaran kini diletakkan kepada PM Johnson yang akan bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada hari ini di Brussels selepas mereka gagal mencapai persetujuan ketika berbincang melalui panggilan telefon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat