Perjanjian Dagangan AS-Jepun Semakin Hampir

279

Usaha Amerika Syarikat dalam memeterai perjanjian dagangan bersama Jepun dilihat semakin hampir. Usaha ini dilihat dapat mengurangkan isu tarif dan bukan tarif yang menjadi beban terhadap ekonomi dunia. Kenyataan itu dibuat ketika mesyuarat G-7 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Menurut White House, mengeksport lembu dan jagung ke Jepun dapat membantu meningkatkan ekonomi petani di AS. Dalam pada itu, Trump menyifatkan perjanjian dengan Jepun itu merupakan satu kejayaan besar bagi petani dan kerajaan AS sendiri. Menurutnya lagi, rundingan itu dilihat sudah selesai secara atas kertas.

Trump yang duduk di sebelah Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberi respon setuju atas setiap hujah yang dibentangkan. Meskipun kerajaan AS mengharapkan perjanjian ini dilaksanakan pada September, namun ianya haruslah mendapat kelulusan dari parlimen Jepun. Jika kelulusan telah diberikan, AS harus menunggu selama dua bulan sebelum ianya menjadi perjanjain rasmi.

Sebagai tambahan kepada perjanjian pertanian yang tidak didedahkan, perjanjian itu termasuk menurunkan tarif perindustrian serta meningkatkan perdagangan digital. Trump menyebut rundingan itu juga melibatkan perdagangan ketenteraan sambil memetik nama Korea Utara.

Abe berkata kedua-dua negara telah mencapai kata sepakat mengenai produk pertanian dan perindustrian yang menjadi tunjang ekonomi negara mereka melalui rundingan dua hala. Tambahnya lagi, Jepun memerlukan tanaman jagung dari AS kerana tanaman negara itu diganggu oleh serangga perosak yang menjejaskan beberapa produk pertaniannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat