Perjanjian Penggabungan Dimeterai, Saham Axiata & Digi ‘Meroket’!

233

Harga saham Axiata Group Bhd dan Digi.Com Bhd, masing-masing meningkat 2.08% dan 1.01% pagi ini berikutan perjanjian definitif yang ditandatangani semalam untuk menggabungkan operasi mudah alih mereka di Malaysia dalam transaksi telekomunikasi terbesar di negara ini.

Pada 9.51 pagi, Digi naik sembilan sen kepada RM4.41 dengan 1.1 juta saham bertukar tangan manakala Axiata meningkat empat sen kepada RM4.02 dengan 402,100 saham diniagakan.

Bernama melaporkan, kedua-dua saham tersebut merupakan antara tiga kaunter untung utama yang terbesar dalam 30 konstituen indeks di Bursa Malaysia pagi ini.

Penggabungan Celcom Axiata Bhd dan Digi, dirujuk sebagai syarikat gabungan, akan memberikan perkhidmatan dianggarkan kepada 19 juta pelanggan dengan pendapatan RM12.4 bilion.

Axiata Group dan syarikat induk Digi, Telenor akan menjadi rakan niaga setara dengan masing-masing menguasai 33.1% pegangan dalam syarikat berkenaan yang akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd.

Disasarkan menjadi antara lima syarikat terbesar disenaraikan di Bursa Malaysia dari segi pemodalan pasaran, syarikat gabungan itu dinilai pada nilai ekuiti prasinergi gabungan mencecah hampir RM50 bilion, selepas mengambil kira terbitan saham biasa baharu dalam Digi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat