Perjanjian Perdagangan AS : Jepun Telah Bersedia Untuk Menghadapi Sebarang Kemungkinan!

41

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga berkata hari ini bahawa kerajaan Jepun sedang bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan mengenai rundingannya dengan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijadualkan akan melawat Washington bulan depan. Dalam masa yang sama, pegawai pentadbiran trump juga melaporkan bahawa Trump sedang mencari butiran lanjut mengenai perjanjian perdagangan dengan Jepun sebagai usaha untuk meluaskan perjanjian Asia-Pasifik.

Menurut Suga dalam sidang akhbar, Jepun akan bersedia untuk bertindak di dalam sebarang situasi.

Namun begitu, Suga enggan mengulas mengenai dasar perdagangan AS sehingga ia benar-benar jelas.

Tambah Suga lagi, ikatan ekonomi di antara Jepun dan AS amat penting. Jadi perbincangan lanjut perlu dari pelbagai peringkat untuk mengetahui bagaimana Jepun boleh berkembang dengan perjanjian tersebut.

Jepun juga akan memantau dengan teliti bagaimana hubungan di antara Amerika Syarikat dengan Mexico boleh memberi kesan kepada syarikat Jepun.

Pada hari Khamis, White House mengeluarkan cadangan untuk mengenakan cukai sebanyak 20 peratus ke atas barangan dari Mexico bagi membiayai kos membina tembok di antara AS dan Mexico.

Berita ini sekali gus telah menyebabkan Peso menjunam serta menambahkan krisis buat kedua-dua negara.

Pengeluar dari Jepun, termasuk beberapa pembuat kereta utama telah menjalankan operasi kilang di Mexico.

Pasaran Komoditi Hitam Masih dibelenggu Dengan Masalah Yang Sama!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat