Pasaran Komoditi Hitam Masih dibelenggu Dengan Masalah Yang Sama!

72

Harga minyak mentah merosot pada hari Jumaat berikutan laporan peningkatan output minyak mentah dari Amerika Syarikat. Laporan ini dikatakan membantutkan usaha OPEC dan pengeluar minyak mentah lain dalam memotong bekalan minyak mentah untuk mengimbangi semula pasaran.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi minyak mentah, diniagakan turun 10 sen kepada $56.14 setong.

Sementara itu, WTI mentah turun sebanyak 2 sen kepada $53.76 setong.

Peniaga minyak mentah juga berkata bahawa usaha OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain termasuk Russia dalam memotong bekalan minyak mentah global telah diganggu dengan peningkatan jumlah output dari Amerika Syarikat. Situasi ini juga telah menyebabkan perubahan harga hanya pada jajaran kecil.

Menurut Bank Barclays, isu yang menjadi tumpuan dalam pasaran global ialah jumlah syal di AS dan butiran perjanjian OPEC.

Bank British itu turut menjangkakan harga Brent mentah dan WTI akan berada pada purata harga sebanyak $55 dan $53 setong bagi suku pertama tahun ini.

Penagluaran minyak bagaimanapun telah meningkat sebanyak setengah juta tong sehari sejak pertengahan 2016 kepada 8.96 juta tong. Jumlah ini agak mencederakan perjanjian yang telah diikat antara OPEC dan non-OPEC bagi membendung masalah lebihan output di dalam pasaran.

Matawang Gergasi Mula Memantapkan Kedudukan dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat