Perjanjian Perdagangan Bebas USMCA Menjadi Kebimbangan Sektor Perniagaan Mexico!

318

Sektor perniagaan Mexico menzahirkan rasa kembimbangan terhadap mekanisme penyelesaian yang ditawarkan dibawah perjanjian perdagangan Amerika Utara yang baru kerana ia boleh digunakan.

Penilaian semula terma-terma baru Perjanjian A.S.-Mexico-Canada (USMCA) telah dipersetujui pada bulan ini. Perjanjian baru ini menggantikan perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara (NAFTA) dan ia telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS pada minggu lepas.

Dalam masa yang sama USMCA telah mendapat pujian ahli dewan kerana ia dilihat dapat memberi manfaat kepada buruh dan mengatakan ia perlu dijadikan sebagai contoh untuk perjanjian dagang yang lain.

NAFTA sebelum ini dikritik dan dikatakan sebagai pembunuh kepada pekerjaan untuk Amerika Syarikat kerana ia menggalakkan kilang-kilang berpindah ke selatan sempadan yang telah memanfaatkan pekerja berpendapatan rendah di Mexico.

A.S telah membuat usulan untuk menghantar pemeriksa bagi memantau pengamalan buruh Mexico dalam usaha untuk memastikan negara jiran selatannya tidak beri kesan buruk terhadap pesaing A.S.

Walaubagaimanapun usulan ini dibantah oleh pihak Mexico dan hal ini menimbulkan kekhuatiran terhadap sektor perniagaan yang mengkhuatirkan cara penyelesaian masalah ini akan menghalang kegiatan eksport.

Kementerian ekonomi Mexico berkata pihak mereka akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Kanada bagi memastikan firma tidak menjadi mangsa ketidakadilan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat