Perjanjian Perdagangan Fasa 1 Antara A.S Dan China Bakal Menemui Kegagalan?

349

A.S. dan China dilaporkan akan mengkaji kemajuan perjanjian perdagangan “fasa satu” pada akhir minggu ini setelah kira-kira enam bulan setelah perjanjian tersebut berkuatkuasa.

Antara isi kandungan perjanjian fasa satu ialah bertujuan untuk mengatasi kebimbangan mengenai dakwaan pencurian harta intelek dan pemindahan teknologi paksa oleh China. Namun inti kesepakatan tersebut adalah komitmen China untuk membeli sekurang-kurangnya $ 200 bilion barangan dan perkhidmatan A.S pada tahun 2020 dan 2021.

Walaubagaimanapun, segelintir penganalisis berpendapat bahawa perjanjian fasa 1 boleh berhadapan dengan kegagalan jika tidak ditangani dengan segeraJurang komitment pembelian China masih jauh dari jumlah yang disasarkan.

Berdasarkan perjanjian China kana membeli $ 63.9 bilion lebih banyak produk perkilangan, pertanian dan tenaga, serta $ 12.8 bilion perkhidmatan pada 2020. Pada 2021, China akan membeli sebanyak $98.2 bilion barang dari ketiga kategori tersebut dan $ 25.1 bilion perkhidmatan.

Namun data menunjukan matlamat yang ingin dicapai masih jauh daripada yang diharapkan. Pada separuh tahun 2020, China hanya membuat pembelian kurang daripada suku jumlah yang disasarkan. Data tersebut tidak merangkumi pembelian China ke atas perkhidmatan A.S.

Walaupun terdapat jurang antara pembelian sebenar dan jumlah sasaran, penasihat ekonomi utama Presiden A.S. Donald Trump Larry Kudlow pada hari Selasa mengatakan bahawa pembelian barang-barang Amerika di China menunjukkan “jumlah angka yang sangat baik.”

Kudlow juga menafikan bahawa perjanjian perdagangan fasa satu akan dibatalkan walaupun terdapat kemerosotan hubungan AS-China baru-baru ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat