Perjanjian Tajaan FTX $100 Juta Taylor Swift Tidak Berbaloi!

142

Pasti para peminat rancak berbual sesama sendiri setelah mendapat khabar mengenai penyanyi bintang pop terkenal Taylor Swift mempunyai perjanjian $100 juta bersama syarikat exchanger kripto FTX yang kini sudah muflis.

Diperjelaskan lebih terperinci, FTX berhasrat menjadikan Swift sebagai salah satu wajah selebriti syarikatnya, namun kerjasama tersebut gagal kerana FTX khuwatir perjanjian tersebut tidak akan membawa sebarang keuntungan.

Malah, kebanyakan individu yang berkerja di FTX turut tidak mempersetujui rundingan bersama Swift atas alasan pembayarannya terlalu mahal dan masih tidak pasti sama ada beliau mampu beri impak mahupun potensi untuk kembangkan lagi FTX.

Pandangan berikut tercetus dalam kalangan kakitangan FTX selepas mereka berpendapat bahawa Swift tidak akan dapat mencapai objektif FTX untuk menarik lebih ramai pelabur kripto runcit susulan penyanyi tersebut hanyalah dalam bidang hiburan semata-mata.

Penerangan daripada Swift pula, beliau meluahkan kekecewaannya apabila tidak berpeluang berbincang secara serius mengenai perjanjian tersebut sebelum ditamatkan secara tiba-tiba.

Sungguhpun Swift percaya bahawa pasaran kripto mempunyai pengaruh besar pada masa akan datang, beliau telah bertindak keluar daripada dunia kripto sejak menjadi public figure, di mana Swift mengeluarkan albumnya sendiri selepas mempunyai pertikaian dengan label lamanya.

Terdahulu sebelum FTX mengalami kejatuhan pada bulan November, selebriti sukan dan hiburan seperti bintang tenis Naomi Osaka, quarterback NFL Tom Brady dan pengawal mata NBA Stephen Curry dilaporkan telah mempromosikan FTX di TV serta iklan media sosial.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat