Perkembangan Politik Bantutkan Dagangan Di Bursa Malaysia

155

Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan ketidakpastian di sekitar pasaran dan kekurangan pemangkin yang positif.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.46 mata kepada 1,503.47 daripada 1,512.93 pada penutupan Khamis.

Bernama melaporkan, indeks utama itu dibuka 0.95 mata kebih rendah kepada 1,511.98.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 214 berbanding 112, manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,643 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 200.26 juta unit bernilai RM108.97 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa pergerakan KLCI terbantut seiring dengan ketidakpastian terhadap perkembangan politik domestik dan keadaan pandemik Covid-19 yang kian membimbangkan.

Secara tidak langsung ia mungkin akan mengakibatkan volatile terhadap pasaran dan pelabur perlu berhati-hati dalam memilih saham untuk diperdagangkan dalam masa terdekat ini.

Minat belian mungkin akan lebih tertumpu kepada saham yang berkaitan kenderaan elektrik (EV) susulan keputusan kukuh Genetec Technology Bhd dan prestasi positif Nasdaq mungkin akan terus meluas ke sektor teknologi tempatan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.03, Petronas Chemicals susut Sembilan sen kepada RM8.02 dan TNB turun dua sen kepada RM9.71.

Manakala Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing kekal tidak berubah pada RM3.99 dan RM5.79.

Bagi saham aktif, waran Tanco Holdings dan EcoFirst Consolidated masing-masing melonjak 1.5 sen kepada 22.5 sen dan 7.5 sen, manakala Scanwolf Corp manambah 7.5 sen kepada 49.5 sen, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 40.5 sen dan Saudee Group tidak berubah pada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 43.44 mata kepada 11,028.33, Indeks FBMT 100 turun 56.05 mata kepada 10,726.82 dan FBM 70 merosot 31.01 mata kepada 14,511.24.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 56.06 mata pada 12,113.56 dan FBM ACE turun 6.43 mata kepada 7,134.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 44.27 mata kepada 14,736.02, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.31 mata kepada 186.68 dan Indeks Perladangan susut 31.44 mata kepada 6,160.91.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat