Perkembangan Positif Buat Matawang Aussie dan Kiwi

85

Dollar New Zealand dan Australia direkod lebih tinggi hari ini berbanding US Dollar selepas pengumuman data dagangan positif daripada New Zealand. Kenaikan ini juga disebabkan US Dollar melemah menjelang kenyataan dasar oleh Fed pada hari Rabu.

NZD/USD meningkat 0.86%, yang tertinggi sejak 20 Julai.

NZD/USD, 1 hari
NZD/USD, 1 hari

 

Statistik New Zealand melaporkan lebihan dagangan mengecil kepada NZ$ 127 juta pada bulan Jun berbanding bulan sebelumnya.

AUD/USD juga mencanak naik sebanyak 0.79%, rekod tertinggi sejak 19 Julai.

AUD/USD, 1 hari
AUD/USD, 1 hari

 

Sementara itu, sentimen US Dollar melemah menjelang mesyuarat Julai Fed Rabu ini.

Disamping itu, data US yang meyakinkan pada minggu lepas disokong jangkaan kenaikan kadar oleh Bank Pusat Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

US Dollar Index pula merosot 0.26% kepada 97.03.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat