Perkembangan Rundingan AS-China Bakal Beri Kesan Terhadap Sentimen Pasaran

504

Menurut kenyataan White House, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Presiden China, Liu He pada hari ini dan perjumpaan tersebut akan berlangsung di White House.

Timbalan Presiden China, Liu He telah dilaporkan tiba di Washington pada pagi Rabu semalam untuk rundingan dagangan yang lebih lanjut.

Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow memberitahu wartawan pada Rabu bahawa para perunding sedang berada di landasan yang betul menuju ke arah persetujuan perdagangan.

Namun, kedua-dua pihak perlu mencapai kesepakatan terhadap isu percukaian oleh Amerika Syarikat terhadap barangan China, menurut laporan Bloomberg.

Rundingan dagang tersebut yang dilihat optimis menyokong matawang Yuan di samping meredakan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi domestik yang melanda China sebelum ini.

Yuan mengalami kejatuhan sekitar 6% berbanding dolar AS pada 2018, namun kembali mencatatkan peningkatan sekitar 2.5% pada tahun ini. Ini adalah berikutan perkembangan pada rundingan dagang antara Washington dan Beijing serta People’s Bank of China (PBOC) yang menetapkan kadar rujukan pada paras yang kekal tinggi.

Pemerhati pasaran akan beralih tumpuan kepada rundingan di Washington yang bersambung pada minggu ini setelah rundingan yang telah berlangsung di Beijing pada minggu lalu. Jangkaan kekuatan pada nilai dagangan Yuan akan didorong oleh perubahan pada sentimen dolar Amerika Syarikat.

Unjuran terhadap dolar semakin berisiko selepas Federal Reserve sebelum ini telah mengabaikan prospek langkah kenaikan kadar pada tahun ini dan memberi gambaran terhadap pergerakan perlahan pada pertumbuhan ekonomi.

Tinjauan terbaru oleh para penganalisis kebanyakannya adalah optimis terhadap Yuan dan hanya beberapa respondan yang meramalkan untuk mencapai paras 7 per dolar atau lebih lemah dalam beberapa tahun akan datang, menyumbang kepada sentimen pesimis terhadap kelembapan ekonomi dan pelonggaran dasar monetari.

Terus ikuti perkembangan rundingan dagang yang berlangsung pada hari ini dan kesan-kesan terhadap perubahan pada sentimen pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat