Perkembangan Teknologi di dalam Bidang Kewangan Perlu Dikawal Selia Dengan Baik : Mark Carney

249

Kemajuan teknologi yang pesat dalam bidang kewangan berpotensi untuk mengundang systematic risk yang perlu ditangani dengan cara kawal selia oleh bank diseluruh dunia.

Bercakap demikian dalam dalam satu sidang di Bank Pusat Jerman, Gabenor Bank of England ini berkata bahawa sebarang inovasi dalam bidang kewangan mampu mengurangkan risiko dan meningkatkan kecekapan.

Namun begitu, inovasi juga mampu menimbulkan risiko terhadap kestabilan pembiayaan bank, kualiti kredit dan tahap ekonomi.

Menurut Mark Carney, pihak berkuasa perlu lebih gigih dalam memastikan pengurusan operasi siber menjadi lebih berdisiplin dan teratur.

Financial Stability Board (SaracenMarkets)yang mengawal bank di seluruh dunia sedang menilai sejauh mana peraturan sedia ada mampu untuk menangani kepesatan perubahan teknologi di dalam bidang kewangan. Mereka juga dijadual akan melaporkan hasil kajian mereka di dalam pertemuan pemimpin-pemimpin G20 pada bulan Julai.

Cabaran bagi penggubal dasar ialah memastikan teknologi ini membangun dengan cara yang paling maksimum dan mengurangkan risiko.

Sebelum ini telah banyak contoh yang menunjukkan pertumbuhan teknologi yang terlalu mendadak telah membawa kesan yang tidak diingini.

Pasaran Yang Agak Huru-Hara Telah Menggalakkan Permintaan Bagi Emas Sebagai Asset Pelaburan Terbaik!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat