Harga emas meningkat pada hari Khamis selepas pelabur melihat bahawa emas merupakan asset pelaburan terbaik didalam ketidaktentuan pasaran buat masa ini. Dalam masa yang sama, saham global mencatat keuntungan yang tidak disangka-sangka dengan rekod Dow yang melonjak melebih paras 20,000 di AS semalam.
Emas bagi penghantaran Februari di bahagian Comex meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada $1,198.70 satu troy ounce.
Rancangan eksekutif imigresen dan peraturan-peraturan baru oleh Trump yang bakal memberi kesan kepada perniagaan di AS telah membantu untuk menaikkan indeks Dow Jones ke atas paras 20,000 pada Rabu.
Tindakan Trump dalam meluluskan dua saluran paip yang agak kontroversi juga telah menjadikan pembinaan saluran paip minyak oleh TransCanada dan Transfer Energy menjadi semakin mudah.
Kelemahan US Dollar juga telah membantu mengukuhkan sentimen emas.
Semalam, harga emas jatuh pada Rabu berikutan kebimbangan pelabur terhadap dasar-dasar Trump bakal meragut pengukuhan US Dollar.
Kebimbangan tentang dasar beliau tercetus apabila Trump mula menarik diri dari perjanjian TPP dan berjanji untuk membuat rundingan semula berkaitan dengan perjanjian NAFTA.
Di tempat lain, copper futures merosot sebanyak 0.33 peratus kepada $2.706 sepound.
Kenaikan Inventori Minyak Mentah di AS Meleburkan Usaha OPEC Bagi Membendung Lebihan Bekalan