Perkembangan Terkini Bakal Bantu XRP Melonjak Lebih Tinggi?

3,517

XRP tampaknya menyaksikan satu permulaan yang agak baik pada sesi dagangan bulan September ini.

Pergerakan harga positif XRP dapat dilihat menghasilkan 22% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $1.39 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Beberapa perkembangan positif terbaru yang dijangka membantu lonjakan XRP, antaranya adalah berita platform e-dagang terkemuka dari Jepun iaitu ‘Rakuten’ dijangka melancarkan semula perdagangan XRP pada 8 September 2021.

Melihat kepada carta XRP/USDT, nampaknya XRP semakin mendapat perhatian para pelabur setelah menembusi paras rintangan $1.

Sekiranya zon resistance $1.40 berjaya ditembusi, sasaran seterusnya untuk di uji sekitar paras $1.5 dimana paras tersebut berkemungkinan bakal menjadi penentu untuk XRP melonjak lebih agresif ke paras lebih tinggi.

Namun, sekiranya XRP kekal dengan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) $1.30 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Semasa penulisan, XRP didagangkan sekitar harga $1.30 dengan jumlah dagangan lebih $7.8 bilion.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat