Perkembangan Terkini Industri Crypto Mingguan 27 Julai – Bitcoin

384

Pada Jumaat lepas, harga bitcoin telah mengukuh ke paras harga $7,432.9 seunit di pertukaran Bitfinex dan jumlah pasaran crypto juga meningkat kepada $286 billion.

Ripple XRP berada pada paras harga $0.4694 di pertukaran Poloniex, manakala Ethereum naik kepada $ 467.19.

Sejak minggu lepas kita sudah dapat lihat trend peningkatan bagi harga seunit bitcoin. Jika kita lihat pada 2 minggu lepas, harga bitcoin berada pada paras $6254.4 seunit. Bagi minggu ini, bitcoin telah mengecapi paras harga tertinggi minggu iaitu $8,086.36 pada 25 Julai. Setakat hari ini harga bitcoin telah jatuh sedikit kepada $7,905.64 seunit,

Pada 27 Julai, Ripple XRP berada pada paras harga $0.449569 di pertukaran Poloniex, manakala Ethereum jatuh kepada $463.73.

Bagi jumlah pasaran, pasaran crypto melepasi tahap penilaian $ 300 bilion untuk kali pertama sejak pertengahan bulan Jun, pada hari Selasa 24 Julai.

Peningkatan harga ini adalah disebabkan pelabur mengharapkan kelulusan yang akan datang daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ETF bitcoin. Sekiranya diluluskan, ETF akan membenarkan pelabur membeli dan menjual bitcoin tanpa melalui pertukaran. SEC dijangka membuat keputusan antara 10 Ogos dan 16 Ogos.

Walaubagaimanapun, laporan awal menyatakan SEC telah mengumumkan bahawa ia telah menolak ETF Bitcoin yang dicadangkan oleh kembar Winklevoss pada hari ini, menyebabkan harga Bitcoin merosot di bawah paras $ 8,000.

Antara alasan penolakan ialah kesangsian SEC terhadap keupayaan bursa dalam mencegah tindakan amalan penipuan dan manipulasi dan temasuk melindungi pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat