Perkembangan Terkini Industri Matawang Crypto Dalam Pasaran

651

Harga bitcoin melonjak kembali pada hari Selasa berikutan laporan bahawa ahli politik dan pengawal selia Switzerland sedang mempertimbangkan untuk memberikan akses kepada syarikat-syarikat crypto kepada perkhidmatan perbankan konvensional.

Harga bitcoin kini meningkat sebanyak 4.72 peratus iaitu 300 dolar kepada $6,634 seunit setakat jam 12.20 p.m

Matawang crypto Ethereum pula melonjak naik 7.19 peratus kepada $480 seunit. Ripple naik 11.08 peratus kepada 0.50796 seunit.

Sebelum ini, harga matawang crypto telah jatuh menjunam dibawah harga $ 6,000 berikutan beberapa faktor iaitu kejatuhan dalam jumlah dagangan pasaran crypto. Selain itu turut mendorong kejatuhan harga bitcoin ialah isu Bithumb yang merupakan pertukaran mata wang kripto keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan telah digodam.

Lonjakan pada hari ini adalah disebabkan industri matawang crypto Switzerland dijangka mempunyai akses penuh ke perkhidmatan perbankan konvensional menjelang akhir tahun ini, lapor Financial Times.

Pada ketika ini bidang kuasa lain seperti Malta dan Singapura sangat aktif dan berusaha keras untuk menarik syarikat-syarikat blockchain. Kekurangan akses kepada perkhidmatan bank adalah kelemahan kompetitif yang ketara.

Kata Heinz Tännler, pengarah kewangan Zug Kanton, bank pusat Switzerland, penyelia kewangan dan kerajaan persekutuan “bersedia membantu. Kami akan mendorong beberapa institusi kebangsaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan berkesan,setakat ini ia telah berjalan dengan lancar.

Dalam masa yang sama Facebook mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan menarik kembali larangan pengiklanan crypto namun iklan yang mempromosikan pilihan binari, ICO dan tawaran permulaan awal masih diharamkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat