Perlaksanaan Tarif A.S Terhadap China Berkemungkinan Akan Dilewatkan

303

Tarif Presiden Donald Trump terhadap produk China mungkin tidak akan dikenakan sehingga awal bulan Jun, kata pegawai pentadbiran pada hari Rabu. Hal ini kerana perkara ini memerlukan masa bagi perundingan umum dan pengubahan tariff.

Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer berkata beliau menjangkakan kira-kira 60 hari diperlukan bagi mendapatkan komen orang awam terhadap senarai tariff yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Dalam masa yang sama beliau menegaskan, perhubungan perdagangan China-AS akan mengambil masa beberapa tahun untuk seimbang.

Lighthizer berkata senarai tersebut berjumlah lebih daripada $50 bilion termasuklah produk teknologi tinggi yang akan dipilih oleh algoritma komputer bagi meletakkan bebanan keatas pengeksport China dan meminimumkan bebanan terhadap pengguna A.S.

Tariff tersebut dimaksudkan untuk menghukum China. A.S. menuduh bahawa Beijing menyalahgunakan harta intelek Amerika sehingaa mendorong perubahan dalam pelbagai dasar kerajaan China yang bertujuankan permindahan teknologi.

“Kami akan mengumumkan tariff tidak lama lagi dan kemudian kami akan melalui tempoh 60 hari di mana kami akan memberi peluang kepada orang awam untuk memberi komen tentang perkara yang baik dan buruk mengenai tariff. ,” Lighthizer

Sebelum ini, USTR menjangkakan komen orang awam terhadap tarif hanya memakan masa 30 hari. Seorang pegawai pentadbiran Trump berkata bahawa dalam tempoh 30 hari tersebut akan memberikan masa untuk pendengaran dari orang awam mengenai senarai tariff .

Lighthizer berpendapat terdapat harapan bahawa rundingan dengan Beijing dapat mengelakkan tarif. Beliau juga berkata kedua-dua negara mempunyai sistem ekonomi yang berbeza dan akan ada ketegangan antara kedua negara tersebut.

Tiada apa-apa maklumat yang dikeluarkan oleh duta perdagangan berkenaan perbincangan antara pegawai kabinet Trump, termasuk Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, dan rakan-rakan China berkenaan isu tarif tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat