Perlantikan Perdana Menteri Baru Bukan Penamat Kepada Krisis Politik?

438

Genap seminggu selepas perletakan jawatan secara mengejut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini Malaysia sudah pun memiliki Perdana Menteri baru iaitu Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin. Namun begitu, segelintir penganalisis berkata krisis politik yang terjadi belum lagi berakhir.

Seperti yang diketahui ramai, Tun M telah meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa bahawa beliau memperoleh sokongan majoriti berbanding Perdana Menteri ke-8 itu.

Berikutan dengan krisis politik yang tercetus, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan lebih daripada 1% pada Isnin pagi sebelum mengalami kerugian untuk diniagakan iatu kira-kira 0.3% lebih rendah.

Menurut Praksah Sakpal, pakar ekonomi Asia di Bank Belanda ING, mereka beranggapan bahawa krisis politik Malaysia belum lagi berakhir serta mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur kerana bakal mendatangkan kesan buruk terhadap pasaran.

Untuk pengetahuan semua, kerajaan Malaysia terdiri daripada gabungan beberapa parti politik. Seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sebahagian daripada gabungan parti pemerintah yang dikenali sebagai Pakatan Harapan. Pada minggu lalu, parti tersebut telah bertindak keluar daripada gabungan tersebut selepas perletakan jawatan Tun M lalu mengakibatkan kerajaan memerintah jatuh.

Kemudian, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk UMNO yang telah kehilangan kuasa pada pilihan raya umum 2 tahun yang lalu.

Berdasarkan sebuah laporan, beliau dipercayai memperoleh 113 sokongan daripada ahli parlimen iaitu lebih daripada 112 undi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Akan tetapi, bekas Perdana Menteri mendedahkan bahawa 113 anggota parlimen berjanji untuk menyokong beliau kembali sebagai Perdana Menteri.

Salah seorang penganalisis berkata Tun M bakal menfailkan usul no-confidence pada sidang parlimen yang bakal diadakan pada Isnin depan, 9 Mac. Di samping itu, terdapat juga jangkaan bahawa kerajaan baru yang bakal ditubuhkan ini bakal runtuh pada bila-bila masa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat