Perlu Bimbang Atau Tidak? Prospek 2023 Malaysia Agak Bercampur

222

‘Macam tak cantik je walaupun penganalisis ramalkan pertumbuhan menyederhana.’

Maybank Investment Bank Research menetapkan unjuran ekonomi Malaysia bagi 2023 akan menyederhana ekoran cabaran ekonomi luaran dan permintaan domestik yang perlahan.

Memetik laporan firma baru-baru ini, pertumbuhan setahun penuh negara diramal menyederhana kepada 4% pada 2023 berbanding 8% semasa 2022 dengan permintaan domestik dilihat melemah.

Turut dinyatakan pertumbuhan sektor swasta akan memperlahan dengan kekurangan perbelanjaan daripada pembukaan semula ekonomi, ditambah pula kesan inflasi yang tinggi dan impak kadar faedah ke atas kos sara hidup.

Sektor awam pula akan menyederhana, selaras dengan peruntukan perbelanjaan pengurusan kerajaan yang rendah dalam Bajet 2023.

Sebuah lagi firma, MIDF Research menyuarakan nada sama dengan meramalkan keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia menyederhana kepada 4.2% bagi 2023 disebabkan penguncupan prestasi dagangan luar dan kelemahan permintaan global.

Jelas MIDF bahawa pertumbuhan eksport Malaysia akan memperlahan kepada 2.8% berbanding unjuran 12.5% semasa 2022, disokong oleh peningkatan eksport perkhidmatan ekoran aktiviti perlancongan.

Susulan itu, Malaysia dijangka akan memperolehi manfaat eksport komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas asli cecair kerana harga purata minyak sawit mentah dan mentah mentah lain diramal kekal tinggi.

Pada sisi berbeza, Affin Hwang Investment Bank mengatakan ekonomi terbuka Malaysia akan terjejas secara drastik ekoran kemerosotan pertumbuhan global dan meletakkan unjuran GDP 2023 pada 3.7% dari 4.7% sebelum ini.

Sungguhpun begitu, firma menolak kemungkinan kemelesetan disebabkan keadaan pasaran buruh yang baik dan pemulihan stabil industri berkaitan perlancongan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat