Pasaran kripto berdepan dengan pembetulan harga selepas Bitcoin (BTC) bertahan di paras atas $45,000 selama hampir dua minggu bermula 27 Mac sebelum susut pada 6 April.
Ketika penulisan, seunit BTC didagangkan pada $42,304.42, susut hampir 1% dalam 24 jam dan 8% untuk tempoh seminggu.
Pasaran altcoins juga tidak ketinggalan menjunam dengan prestasi mengecewakan, terutama Terra (LUNA) dan Near Protocol (NEAR) gagal mengekalkan prestasi pada 4 April.
Apa yang berlaku?
Jangkaan ini sebenarnya sudah dijangka pada awal bulan ini.
Menurut penganalisis ‘Credible’, sejumlah whales bitcoin sudah menunggu lama di paras $40,000 – $44,000 walaupun harga BTC pada ketika itu bernilai lebih $47,000.
Beliau juga meramalkan pullback pada sekitar $42,000 sebelum harga BTC kembali melonjak tinggi.
Sebelum ini Team Intraday telah melaporkan 100,000 BTC dicairkan dari pasaran, menyebabkan harga seunit raja kripto menyusut di bawah $44,000.
Inilah peluang pelabur untuk menambah pegangan mereka sementara harga masih di paras rendah di kala whales juga sedang berlumba-lumba mendapatkan BTC.
LFG Ambil Peluang Lagi
Sementara itu, Luna Foundation Guard (LFG) telah membuat pembelian baharu bitcoin bernilai $176 juta semalam, menjadi jumlah kumulatif yang dimiliki terkini ialah sebanyak $1.7 bilion!
Sedia maklum, pembelian BTC secara berperingkat adalah untuk mencapai objektif menjadikan raja kripto itu sebagai rizab stablecoin Terra, UST.
Rentetan daripada pembelian tersebut, harga BTC mencatatkan sedikit peningkatan.
Selain BTC, Terra juga telah menambah lagi satu rizab UST dan ia bersandarkan kepada Avalanche (AVAX).
Rata-rata melihat potensi AVAX menanggung impak positif sama seperti bitcoin dalam masa terdekat.