Selepas Bitcoin, Terra Umum Pembelian $100 Juta Avalanche (AVAX) Sebagai Rizab UST

592

Selepas Bitcoin (BTC), Luna Foundation Guard (LFG) telah membeli token natif Avalanche (AVAX) bernilai $100 juta untuk dijadikan rizab stablecoin, UST.

LFG terkenal sebagai organisasi bukan untung (NGO) yang menyokong pertumbuhan Terra dan nekad untuk membeli $10 bilion bitcoin secara berperingkat sebagai rizab UST.

Setakat ini, rizab UST yang bersandarkan kepada bitcoin sudah mencecah $1.6 bilion.

Kenapa AVAX, bukan Ethereum (ETH)?

Keputusan yang diambil LFG dianggap satu tindakan penting, selain mahu menarik perhatian pengguna AVAX.

Ketua pegawai pelaburan Selini Capital, Jordi Alexander, misalnya berpendapat salah satu faktor AVAX menjadi pilihan adalah kerana nilai pasarannya 18 kali lebih rendah berbanding ETH.

Untuk pengetahuan, pemilikan AVAX bernilai $100 juta hampir dengan 0.5% nilai pasarannya; satu perbezaan ketara jika LFG membeli ETH pada jumlah yang sama, sekaligus sukar untuk membawa perubahan.

Tidak cukup dengan itu, landskap stablecoin di rangkaian Avalanche boleh dikatakan tidak mengujakan jika dibandingkan dengan Ethereum. Maka inilah satu-satunya peluang untuk meningkatkan lagi pertumbuhan dan penerimaan UST sebagai stablecoin pilihan.

Menariknya lagi, kerjasama antara Terra dan Avalanche akan membawa satu lagi perubahan baharu.

Difahamkan platform wang desentralisasi, Anchor Protocol yang dibangunkan di Terra turut akan dilancarkan di Avalanche.

Patutlah harga AVAX pada hari ini menunjukkan prestasi baik, menyambung peningkatan harga semalam dengan lonjakan lebih 6%, didagangkan pada $87.78 seunit.

Pun begitu, aset ini masih jauh untuk menebus rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $146.22 pada 21 November 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat