Permintaan Di China Makin Membimbangkan, Harga Minyak Mentah Merosot Habis

666

Harga minyak mentah menurun lebih rendah pada hari ini berikutan ketegangan geopolitik dan gangguan dalam pengeluaran minyak Amerika Syarikat. Selain itu, berlakunya kebimbangan dalam permintaan yang perlahan di China.

Minyak mentah Brent turun 17 sen (0.2%) kepada $78.93 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate AS (WTI) susut 3 sen kepada $74.05.

Semalam, kedua-dua penanda aras itu alami kenaikan 2% apabila Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang sebahagian daripada kumpulan OPEC meramalkan akan berlakunya pertumbuhan kukuh dalam permintaan minyak global pada hujung minggu ini sekitar 1% hingga 2% lebih tinggi.

Baru-baru ini, Pakistan melancarkan serangan ke atas militan pemisah di Iran pada Khamis. Ia merupakan serangan balas ke atas tindakan Tehran menyerang pangkalan mereka dan meragut nyawa dua orang kanak-kanak.

Menurut Presiden NS Trading, Hiroyuki Kikukawa berkata di saat ketegangan di Timur Tengah semakin merebak, ramai para pelabur mengambil langkah ‘sell’ dan berhati-hati dalam mengatur langkah ‘buy’ kerana pergerakan ekonomi di China kekal perlahan.

Melainkan, ketegangan di Timur Tengah meningkat dengan cepat dan berkemungkinan WTI akan meneruskan dagangannya dalam julat sekitar $70 hingga $76.

Selain itu, dua kapal tangki minyak yang berubah arah dari Laut Merah telah berpatah balik dan melalui Selat Bab al-Mandab. Gangguan yang dicetuskan oleh kumpulan Houthi di Yaman itu terus mengganggu aktiviti perkapalan dan perdagangan global.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan inventori minyak mentah yang lebih besar daripada jangkaan iaitu sebanyak 2.5 juta tong disebabkan permintaan kukuh daripada kilang penapisan pada minggu lepas. Tetapi, inventori petrol dan penyulingan naik ke paras tertinggi dari tahun ke tahun.

Sementara itu, kira-kira 40% daripada pengeluaran minyak di North Dakota masih ditutup kerana cuaca sejuk yang melampau dan menyukarkan operasi penggalian.

IEA sekali lagi menaikkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global 2024 walaupun unjurannya kekal lebih rendah daripada jangkaan OPEC. Pasaran masih bergerak baik kerana pertumbuhannya kukuh bagi pengeluar lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat