Permintaan Minyak Mentah Semakin Berkurang, Harga Minyak Kekal Rendah

80

Pasaran minyak kekal rendah untuk dua hari berturut-turut berikutan para pelabur semakin bimbang jika permintaan minyak mentah US akan terus jatuh selepas banjir besar daripada taufan Harvey menimpa Texas sehingga menyebabkan penutupan lebih 16% kapasiti penapisan minyak di US.

Di pasaran New York Mercantile Exchange, kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober jatuh 13 sen kepada $46.31, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange pula jatuh 5 sen kepada $51.60 setakat jam 2.55 petang

Pasaran minyak mentah bermula buruk pada minggu ini berikutan ribut Harvey yang menimpa kawasan perairan Texas, telah merosakkan sebahagian kilang penapisan di kawasan-kawasan utama industri minyak Amerika sekaligus mengurangkan kadar penapisan minyak di sana.

Hampir 3 juta tong sehari kapisiti penapisan minyak terpaksa ditutup, dan dijangka akan terus meningkat, menyebabkan para pelabur bimbang akan lebihan bekalan minyak mentah yang menjadi sumber utama penapisan.

Pengeluaran minyak mentah US turut terkesan dengan Harvey, namun begitu penganalisis berpendapat impak daripada permintaan kilang penapis minyak yang semakin rendah menjadi punca kelemahan pengeluaran minyak di sana.

“Sementara pengeluaran minyak mentah dihalang oleh ribut, penutupan kilang penapisan telah mengurangkan permintaan terhadap komiditi ini”, kata Nitesh Shah, direktor strategi komiditi di ETF Sekuriti.

Namun begitu, pasaran hadapan (futures) minyak cuba menolak semula harga untuk naik di pasaran New York semalam selepas data daripada American Petroleum Institute (API) menunjukkan bekalan minyak jatuh 5.78 juta tong pada minggu lepas, lebih banyak berbanding minggu sebelumnya, 3.3 juta tong dan juga lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 1.9 juta tong.

Data bekalan rasmi daripada  Energy Information Administration (EIA) malam ini menjadi tumpuan dengan jangkaan penyusutan bekalan minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 25 Ogos yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat