Permintaan Sarung Tangan Getah Masih Kukuh Menyaksikan Rekod Terbaru

224

Permintaan sarung tangan getah masih lagi kekal meningkat, mendorong kepada lonjakan saham sepanjang masa bagi Top Glove Corp Bhd, Hartalega Holdings Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd dan Supermax Corp Bhd.

Top Glove telah menyaksikan lonjakan 7.04% atau RM1.30 lebih tinggi kepada RM19.76 sesaham, meletakkan syarikat tersebut pada nilai sekitar RM53.19 bilion. Dilaporkan sekitar 7.32 juta saham telah didagangkan.

Saham Hartalega melonjak kepada 4.88% atau 78 sen kepada RM16.78, menjadikan nilai saham pada sekitar RM56.85 bilion. Keseluruhannya, sebanyak 4.05 juta saham didagangkan.

Supermax, keempat tertinggi di Bursa Malaysia mencatat rekod tertinggi terbaru, menyaksikan lonjakan 6.48% atau 61 sen pada RM10.02 sesaham dengan nilai kaunter pada sekitar RM13.63 bilion. 15.45 juta saham telah didagangkan.

Waran Supermax-C-83 merupakan kelima tertinggi di Bursa, melonjak kepada 6.82% atau 35 sen kepada RM5.48.

Kossan dilihat melonjak 4.29% atau 40 sen sesaham kepada RM9.72, satu rekod baru yang menjadikan syarikat tersebut pada nilai RM12.43 bilion.

Permintaan sarung tangan getah dijangka akan kekal meningkat bagi separuh kedua 2020 (2H20) dengan harga jualan (ASPs) terus meningkat sehingga 1H21.

Sejak bermula pandemik Covid-19, harga jualan telah meningkat sekitar 10%. Buat masa sekarang, harga jualan berada pada sekitar dua hingga empat kali dan kini menyumbang 15% hingga 20% dari jumlah kapasiti daripada 5% sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat