Permintaan US Dolar Jatuh, GBP/USD Naik 140 Pip Sejak Dua Hari Lalu

53

Yen sedikit mengukuh pada sesi Asia hari Rabu berbanding matawang lain selepas bacaan data pesanan core machinery meningkat melebihi jangkaan.

Pesanan core machinery Jepun bagi bulan Ogos naik 3.4% berbanding jangkaan 1.1% dan dalam unjuran tahun ke tahun naik 4.4% berbanding jangkaan sebanyak 0.8%. Pasangan matwang USD/JPY susut 0.02% kepada 112.43 selepas bacaan dikeluarkan.

EUR/USD juga stabil di paras yang tinggi, sekitar harga 1.1810 dengan kegagalan presiden Catalonia, Carles Puigdemont untuk mengumumkan kemerdekaan mereka daripada Spain.

Indeks US dolar (DYX) yang mengukur kekuatan greenback berbanding emam matawang lain stabil sekitar 93.10, selepas jatuh dua hari berturut-turut sebanyak -0.59%

Antara faktor yang menekan US dolar adalah peningkatan mendadak Euro selepas data-data yang dikeluarkan di Jerman menunjukkan pengukuhan dalam ekonomi zon Eropah. EUR/USD telah naik sebanyak +0.68% atau 80 pips sejak dua hari lalu.

Sentimen di Eropah turut disokong dengan bacaan data perdagangan yang positif, meningkatkan lagi jangkaan ECB unutk mula mengetatkan polisi monetari tidak lama lagi.Jerman sebagai penyumbang ekonomi terbesar zon Eropah melaporkan lebihan imbangan perdagangan sebanyak €21.6 billion, melebihi jangkaan penganalisis sebanyak €20 billion.

Selain itu, ahli lembaga eksekutif ECB, Sabine Lautenschlaeger turut menggesa bank pusat untuk mula mengecilkan pembelian bon pada tahun 2018.

Pound sterling juga mendapat permintaan berbanding greenback selepas data pembuatan dan industri meningkat lebih daripada jangkaan.

Jumlah pengeluaran dalam sektor industri naik 1.6% pada bulan Ogos berbanding tahun lalu, dan juga berbanding jangkaan sekitar 0.8%. Pengeluaran pembuatan pula naik 2.8%, lebih daripada jangkaan ahli ekonomi 1.9%.

GBP/UDS kini didagangkan di paras $1.3200, susut 0.03% selepas mencatatkan peningkatan lebih 1.00% atau 140 pip sejak dua hari lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat