Permulaan Tahun Baru, Harga Minyak Nak Ke Mana?

217

Harga minyak mengekalkan pengukuhannya pada awal dagangan 2022, dengan sokongan positif daripada laporan mengenai pengurangan pengeluaran minyak mentah oleh Libya menjelang mesyuarat OPEC pada minggu ini.

Terbaharu, Libya mengatakan pengeluaran minyaknya akan turun sebanyak 200,000 tong sehari pada minggu hadapan disebabkan usaha yang dilakukakn untuk membaiki kerosakan pada saluran paip.

Ini sekali gus membawa jumlah pengeluaran akan turun kepada 700,000 tong sehari, iaitu paras terendahnya dalam temppoh lebih setahun.

Pengumuman itu dibuat pada hujung minggu, di mana tinggal beberapa hari sahaja lagi pertemuan pengeluar utama minyak dunia OPEC, dan sekutunya OPEC+ pada Selasa.

Sesetengah pelabur menjangkakan OPEC akan kekal dengan rancangan untuk penambahan sebanyak 400,000 tong sehari dalam pengeluaran global.

Dalam pada itu, laporan terbaharu daripada jawatankuasa teknikal OPEC mendapati varian Omicron hanya akan membawa impak yang ringan dan tidak akan berterusan.

Senario asas OPEC+ melihat stok minyakdi negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di bawah purata 2015-2019 sehingga suku keempat tahun ini.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan positif pada sekitar harga $78.30 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $75.75 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat