Pernah Berada Di Tangga Ke-4 Carta, ICP Berpotensi Revolusikan Teknologi

1,018

Internet Computer (ICP) merupakan hasil daripada projek yang dijalankan selama 5 tahun dan lebih memfokuskan kepada pembangunan rangkaian ‘blockchain’ desentralisasi dalam mengembangkan lagi fungsi internet.

Projek yang dibuat ini juga dikatakan unik kerana ia mempunyai rangkaian pusat data bebas dan aplikasi tersebut dapat dijalankan secara sendiri tanpa kawalan pihak ketiga. Berbeza dengan internet semasa yang mana aplikasi di ‘server’ majoritinya dikendalikan oleh Google, Amazon dan Facebook.

Pembangunan projek ini diasaskan oleh syarikat Switzerland, Dfinity dengan sokongan oleh kapitalis Silicon Valley seperti Andreessen-Horowitz dan Polychain Capital.

Selepas sahaja ICP tersenarai di platform Binance pada 11 Mei, harga ICP terus membuat lonjakan yang drastik sehingga ke paras harga $2,831 dan terus mencatatkan kedudukan di tangga keempat berdasarkan kepada nilai pasaran (marketcap) untuk menjadikan ia sebagai matawang kripto yang berpotensi tinggi.

Melihat kepada carta pergerakan semasa harga ICP/USDT, nampaknya harga ICP terus membuat penyusutan yang ketara sehingga ke paras sokongan sekitar harga $100. Penurunan yang terjadi itu juga memberi sekali lagi kejutan kepada para pelabur mengenai potensinya.

Daripada paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $2,831 terus melepasi paras harga ketika pembukaan pasaran pada 11 MeiEj sekitar $250 untuk terus membuat penurunan ke paras harga $100 dengan mengambil masa hanya 8 hari sahaja.

Jangkaan seterusnya, berkemungkinan harga ICP bakal membuat lonjakan semula untuk menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $175. Namun untuk membuat lonjakan itu, ICP memerlukan sentimen yang positif untuk mengekalkan pergerakan yang lebih stabil.

Sekiranya pergerakan harga ICP berjaya menembusi zon SBR $175, para pelabur bakal menjadikan paras SBR seterusnya sekitar $220 sebagai paras tumpuan untuk diuji sebelum menuju ke paras harga yang lebih tinggi.

Jika pergerakan harga terus membuat kenaikan, ia bakal mengembalikan keyakinan kepada pelabur untuk harga ICP membuat lonjakan yang lebih tinggi dan bakal memberi isyarat untuk perubahan trend yang jelas.

Namun jika harga meneruskan trend penurunan dan melepasi paras sokongan $100, penyusutan yang lebih rendah akan berlaku dan kemungkinan ia bakal mencapai paras harga terendah yang pernah dicatatkan.

Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga ICP sedikit menyusut sebanyak 2% untuk didagangkan di paras harga sekitar $100.

Lihat gambar carta matawang kripto ICP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat