Pernah Gah Suatu Ketika, Apa Khabar Kripto SafeMoon Hari Ini?

2,376

Pada awal tahun ini, selain Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu, SafeMoon antara kripto token yang sering diperkatakan dan menjadi hype untuk satu tempoh yang agak lama. Pada asalnya, ia tidak menawarkan apa-apa yang menarik dan berbeza kecuali jaminan ganjaran kepada hodlers (pelabur jangka panjang).

Ia bukan sahaja di hype oleh youtubers kripto namun selebriti Youtube seperti Jake Paul dan penyanyi rap, Lil Yatchy turut memperkatakan tentang hal tersebut. Berdasarkan laman sesawang Safemoon di peringkat awal, syarikat tersebut menyatakan bahawa token mereka ialah token DeFi atau token kewangan desentralisasi. Safemoon juga mendakwa bahawa mereka akan memberi ganjaran kepada orang membeli dan memegang kripto mereka. Bagi mereka yang menjual akan dikenakan 10 peratus sebagai yuran daripada setiap jualan.

Harga SafeMoon mula meroket pada akhir bulan April dari paras harga 0.0000008018 kepada 0.000012 dengan kenaikan lebih 14x dalam masa seminggu. Kemudian harga SafeMoon jatuh ke paras 0.0000040 dan membuat lonjakan kembali 0.000010 pada pertengahan Mei. Selepas itu SafeMoon terus kehilangan sengat dan hanya berjaya didagangkan pada paras 0.0000030 sehinggalah November.

Sepertimana yang komuniti kripto sedia maklum bahawa pasaran sedang berhadapan dengan kejatuhan harga pada akhir minggu lepas. SafeMoon antara kripto yang paling terkesan dengan kejatuhan nilai sebanyak 69% pada bulan lepas, namun klisenya bilangan pemegang terus meningkat. Menurut data yang diperoleh oleh Finbold, bilangan pemegang token SpaceMoon telah meningkat sebanyak 25,568 daripada 2,905,468 pemegang pada 22 November kepada 2,931,036 pada 6 Disember.

Pada masa ini, Safemoon didagangkan pada $0.000001363 turun 10.87% dalam 24 jam. Waima mempunyai saiz pasaran kurang daripada $1 juta dan berada di kedudukan 225 antara aset kripto teratas dari segi had pasaran, SafeMoon telah mengumpulkan pengikut dalam talian yang cukup besar.

Pada 5 Disember, SafeMoon berada di kedudukan kelapan antara sepuluh aset kripto teratas yang kerap disebut di Twitter minggu ini. Token tersebut menerima lebih 151,757 sebutan dan kini disenaraikan dalam sepuluh teratas sebaris dengan Bitcoin (BTC), Shiba Inu (SHIB), dan Ethereum (ETH).

 

Ketua Pegawai Eksekutif SafeMoon John Karony telah memberi pemegang kemas kini mengenai SafeMoon melalui tweet beliau;

“#SAFEMOONARMY, BitMart telah digodam. Kami sedang bekerjasama dengan mereka untuk membetulkan keadaan.
Produk SafeMoon adalah selamat (SWaP dan Wallet). Sila ambil langkah persediaan sementara kami mendapat maklumat lanjut.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat