Perselisihan Antara Pemimpin EU Bantutkan Rancangan Dana Pemulihan Besar-Besaran

254

Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersetuju pada hari Khamis, untuk menubuhkan dana pemulihan besar-besaran sebagai usaha menangani impak coronavirus dan membantu membina semula ekonomi 27 negara yang terjejas.

Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat di kalangan pemimpin mengenai kaedah terbaik untuk melaksanakan rancangan tersebut menjadi penghalang kepada kesepakatan mereka.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam kenyataan selepas mesyuarat bersama pemimpin EU pada Khamis, memberitahu bahawa perselisihan masih berlaku di antara negara-negara anggota mengenai bagaimana dana tersebut akan diagihkan.

Selain itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen juga mengatakan ketidakjelasan mengenai seberapa banyak negara anggota sokongan yang bersedia untuk menyumbang ke dalam dana bantuan tersebut.

Menurut von der Leyen, sumbangan daripada anggota EU kepada bantuan negara terjejas adalah sebanyak €1.8 trilion dan dana pemulihan baru mungkin juga akan melibatkan angka yang besar kira-kira €1 trilion.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Canselor Jerman, Angela Merkel pula mengatakan dana pemulihan tersebut adalah perlu untuk menghidupkan kembali ekonomi Eropah, namun disebabkan ia akan dilaksanakan melalui pinjaman dan geran, ia juga bermaksud Jerman akan menanggung beban belanjawan yang lebih tinggi.

Di samping itu, dalam mesyuarat bersama 27 pemimpin EU pada Khamis, mereka juga telah bersetuju untuk menyediakan € 500 bilion bagi menyokong ekonomi blok itu daripada kesan wabak COVID-19.

Namun begitu, menurut Macron, langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi dan beliau juga menekankan mengenai keperluan tindak balas lebih besar yang bernilai antara 5% dan 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari blok itu.

Pakej €500 bilion yang dipersetujui itu dijangka akan berkuatkuasa pada 1 Jun, di mana Bank Pelaburan Eropah akan menyediakan pinjaman kepada sektor paling terjejas sementara Mekanisme Kestabilan Eropah (MES) yang ditubuhkan sejak tahun 2012 untuk menangani krisis kewangan pula akan disesuaikan kepada langkah-langkah tersebut untuk mengatasi impak COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat