Persetankan Rusia, EU Tetap Ambil Langkah Ini!

671

Walaupun berdepan ancaman daripada Presiden Vladimir Putin, badan eksekutif Kesatuan Eropah (EU) telah mencadangkan pelan untuk menghadkan harga tenaga dari Rusia.

Kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mendorong harga tenaga melambung tinggi, sekali gus memaksa 27 negara anggota EU bertindak.

Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen menegaskan bahawa mereka perlu mengurangkan pendapatan Rusia yang digunakan untuk membiayai perang di Ukraine.

Bukan itu sahaja, malah negara G7 baru-baru ini juga menyatakan persetujuan mereka untuk mengenakan had ke atas harga minyak Rusia.

Ekoran daripada itu, Presiden Putin telah mengancam untuk memotong sepenuhnya bekalan tenaga kepada negara yang menyokong had harga ke atas eksportnya.

Bercakap pada forum ekonomi tahunan di Vladivostok pada Rabu, Putin mencela rancangan EU untuk mengehadkan harga minyak dan gas Rusia sebagai idea ‘bodoh’ yang hanya akan membawa kepada kenaikan harga.

Beliau juga memberi amaran bahawa langkah tersebut bermakna EU melanggar kontrak sedia ada, di mana Rusia boleh bertindak balas dengan mematikan saluran paip ke Eropah.

Tidak terkesan dengan sekatan daripada Barat, Putin mengatakan Rusia akan dengan mudah mencari pelanggan yang mencukupi di Asia untuk mengalihkan eksport tenaganya dari Eropah.

Krisis tenaga antara Eropah dan Rusia semakin parah ekoran penutupan saluran paip gas Nord Stream 1 yang berlanjutan sejak 31 Ogos yang mendorong EU mengambil langkah susulan untuk menangani impaknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat