Persetujuan Rundingan Brexit Kini Berada Dalam Genggaman?

200

Ketua eksekutif Kesatuan Eropah (EU) pada hari Rabu melaporkan bahawa terdapat kemajuan yang ketara dalam rundingan Brexit namun dalam masa yang sama memberi amaran bahawa tidak mustahil untuk berlakunya ‘no deal’ dalam rundingan yang dijalankan.

Britain dan EU kini sedang berada pada fasa terakhir untuk menyetujui syarat-syarat yang dibincangkan bagi memastikan perdagangan dijalankan tanpa tarif atau kouta bermulah tahun 2021.

Menurut presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, hari-hari mendatang akan menjadi penentu mengenai halatuju perdagangan antara UK dan EU. Dalam masa yang sama Leyen juga menekankan bahawa Kesatuan Eropah bersedia untuk menghadapi situasi ‘no deal’ namun kesepakatan dalam perjanjian adalah sesuatu yang sangat diharapkan.

Leyen juga meyatakan bahawa pihak EU tegas dalam menanggapi rundingan perdagangan ini dan akan mengerahkan segala upaya untuk mencapai kesepakatan.

Para perunding dilaporkan telah bersetuju dalam beberapa garis besar perjanjian perkongsian dalam barangan dan perkhidmatan, dan juga pengangkutan. Justeru dapat dikatakan bahawa ‘kemajuan yang ketara’ telah dicapai dalam isu-isu yang bermula dari kerjasama kehakiman kepada manfaat yang diberikan.

Seorang pegawai EU yang tidak disebut nama menyatakan bahawa terjadinya kesapakan adalah sangat mungkin namun keputusan tersebut kemungkinan besar tidak akan dicapai sebelum minggu ini. Walaubagaimanapun, jika kesepakatan tidak dapat dicapai pada minggu hadapan dalam 3 isu utama yang menjadi pertikaian maka rancangan persediaan tanpa perjanjian akan dikemaskini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat