Pertempuran yang Semakin Sengit Menjelang Pilihanraya UK Punca Pound Menjunam

67

Pound didagang melemah pada awal sesi Asia hari Selasa apabila pertempuran semakin sengit di antara kedua-dua parti menjelang pilihanraya yang bakal diadakan pada 8 Jun ini.

GBP/USD menjunam sebanyak 0.13 peratus kepada 1.2824, manakala USD/JPY berubah kepada 111.23, menurun sebanyak 0.03 peratus menjelang hari yang agak sibuk. AUD/USD didagang pada 0.7439.

Pasaran China dan Hong Kong ditutup hari ini sempena cuti umum.

Di Australia, data kelulusan bangunan diramal meningkat sebanyak 3.0 peratus pada bulan April.

US Dollar yang mengukur kekuatan matawang gergasi kali terakhir dinilai pada harga 97.33.

Semalam, US Dollar didagang tidak banyak berubah berbanding dengan matawang yang lain pada Isnin apabila pasaran AS ditutp sempena cuti Memorial Day. Kebanyakan pelabur juga memulakan sesi dagangan minggu ini dengan permulaan yang agak lemah apabila pasaran AS, UK dan China ditutup.

Kebanyakan pelabur juga menanti laporan data pekerjaan yang bakal dikeluarkan pada Jumaat bagi mendapatkan petunjuk terkini terhadap pasaran buruh.

Matawang Yen juga menunjukkan sedikit reaksi selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik kali ke-9 disaat kebanyakan pelabur lain masih dalam suasana berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap pentadbiran Trump.

Dalam pada itu, Presiden ECB, Mario Draghi berkata pada Isnin bahawa inflasi di kawasan Zon Euro kekal lemah dan masih memerlukan rangsangan besar. Tanda-tanda kekuatan ekonomi yang muncul di dalam zon baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi bahawa ECB boleh mengurangkan program rangsangan yang telah dimulakan sebelum ini.

 

Ekonomi Masih Perlu Rangsangan Monetari Yang Besar – Draghi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat