Pertemuan Presiden Xi Jinping dan Donald Trump di Florida Kini Jadi Tumpuan Dunia

38

Naib Menteri Luar China, Zheng Zeguang bercakap dalam satu taklimat pada Jumaat bahawa China tidak mempunyai sebarang dasar untuk menurunkan nilai matawang bagi menggalakkan aktiviti eksport.

Kenyataan ini diberi menjelang pertemuan Presiden Xi Jinping dengan Presiden Donald Trump yang bakal membincangkan isu ketegangan yang melibatkan AS dan China, khususnya melibatkan hal ehwal perdagangan.

Zheng juga berkata bahawa China tidak mendapatkan lebihan perdagangan dengan Amerika Syarikat disamping bersedia untuk menggalakkan perdagangan yang lebih seimbang.

Pemimpin kedua-dua ekonomi terbesar ini dijadual akan bertemu pada Khamis dan Jumaat depan buat kali yang pertama sejak Trump mengambil alih jawatan pada 20 Januari lalu.

Dalam satu tweet pada Khamis, Trump memaklumkan bahawa pertemuan itu amat dinanti-nantikan bagi membincangkan isu perbezaan ke atas cita-cita strategik China dan Korea Utara terhadap Laut China Selatan. Beliau juga menyifatkan bahawa isu itu akan menjadi sesuatu yang amat sukar.

Yuan jatuh sebanyak 6.6 peratus pada tahun lepas dan mencatat kerugian tahunan terbesar berbanding US Dollar sejak tahun 1994. Hal ini terjadi disebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab dan pengukuhan matawang US.

Penyusutan nilai yang dibuat China ke paras 2 peratus pada Ogos 2015 lalu telah mengejutkan pasaran global dan dinilai oleh trader dan penganalisis ekonomi sebagai sebuah kegagalan.

Trump juga kerap menuduh China sebagai sengaja menjatuhkan nilai matawang Yuan berbanding US Dollar bagi mendapatkan manfaat terhadap sektor eksport selain mencuri pekerjaan di sektor pembuatan Amerika Syarikat.

Walaupun beliau tidak membuat sebarang tindakan ke atas China sejak hari pertama memegang jawatan sebagai presiden, ketegangan AS dan China terus mempengaruhi pasaran sehingga kini.

Pasaran Minyak Mentah Kini Masih Dilema Menunggu Data Kiraan Pelantar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat