Pertumbuhan Ekonomi Menjadi Keresahan Utama ECB – Largarde Beri Lebih Petunjuk!

277

Bank Pusat Eropah (ECB) lebih menumpukan terhadap bahagian ekonomi yang terkesan daripada penularan pandemik Covid-19 berdasarkan minit mesyuarat polisi yang dikeluarkan pada hari Khamis. Laporan ini menunjukkan indikasi kemungkinan akan terdapat lebih banyak rangsangan pada akhir tahun ini.

Negar Eropah kini sedang berhadapan dengan pelbagai risiko bermula dari matawang euro yang kukuh, kadar jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi sehingga pilihan raya presiden Amerika Syarikat, dimana ia telah membebani pertumbuhan ekonomi dan harga pengguna.

Para pakar ekonomi berpendapat sidang media Lagarde dapat ditafsirkan sebagai penekanan semula mesej ECB kerana peningkatan ketidakpastian dalam ekonomi dan kadar pertukaran.

Minit mesyuarat September menunjukkan bahawa ECB lebih prihatin terhadap sasaran inflasi dan matawang euro dimana dapat mempengaruhi ekonomi. Dalam sidang media Lagarde, terdapat pihak yang mempersoalkan komitmen ECB namun terdapat jangkaan bahawa ECB akan menambah pembelian bon sama ada dengan cara meningkatkan jumlah dalam program pembelian kecemasan pandemik atau melalui program pembelian sektor awam.”

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut mungkin akan ditangguhkan sehingga bulan Disember kerana para penggubal dasar memerlukan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat