Pertumbuhan GDP Amerika Rekod Bacaan Tinggi, Sedikit Meleset Dari Jangkaan

674

Matawang US dollar jatuh selepas data pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi. Pertumbuhan meningkat 4.10% lebih daripada bacaan sebelum ini yang hanya merekodkan pertumbuhan 2.20%.

Walaupun data jauh melebihi bacaan sebelum ini, namun ia meleset daripada jangkaan 4.20%. Inilah sebab kejatuhan US dollar selepas data dikeluarkan.

Pasangan matawang USD/JPY jatuh 30 pip dengan USD/CAD jatuh 35 pip. Matawang Euro sebagai anti-dollar pula membuat kenaikan dengan EUR/USD naik sebanyak 36 pip.

Jadi, kenapa US dollar jatuh walaupun bacaan begitu tinggi? Ia adalah disebabkan bacaan yang meleset daripada jangkaan. Sebelum ini spekulasi juga telah mengatakan bahawa bacaan pertumbuhan yang tinggi bakal direkodkan. Oleh itu, walaupun bacaan adalah tinggi, tetapi sedikit kemelesetan daripada bacaan sebenar sudah cukup menekan US dollar, walaupun kejatuhan hanya minima.

Walaubagaimanapun, bacaan yang kukuh ini menyokong kepada  penilaian yang diberikan oleh Pengerusi The Fed Jerome Powell pada minggu lalu. Ia sekaligus menyokong kepada jangkaan dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Secara keseluruhan, kejatuhan US dollar ketika ini dijangka hanya sementara kerana hanya sedikit meleset daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat