Pertumbuhan GDP UK Catat Bacaan Akhir Lebih Tinggi Dorong Peningkatan Sterling

407

Dagangan pound sterling mula menunjukkan peningkatan pada sesi Eropah selepas bacaan akhir pertumbuhan GDP UK meningkat lebih tinggi sebanyak 0.4% pada suku ketiga 2019 daripada anggaran awal sebelum ini sebanyak 0.3%.

Mengikuti perkembangan terbaru di Eropah, Menteri Kewangan UK, Sajid Javid hari ini telah mengesahkan bahawa jawatan gabenor Bank Pusat England (BOE) yang kini dipegang oleh Mark Carney, akan digantikan oleh Andrew Bailey.

Pemilihan ini dikatakan dibuat berdasarkan pandangannya mengenai Brexit yang lebih bersesuaian dengan kerajaan UK. Sajid Javid memberitahu bahawa Andrew Bailey merupakan orang yang tepat untuk memimpin BOE sementara UK mula membina masa depan baru selepas keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Parlimen UK hari ini akan mengundi untuk meluluskan Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran Brexit dan dijangka mendapat undian mudah memandangkan parti kerajaan PM UK Boris Johnson memegang majoriti dalam parlimen tersebut.

Selain itu, matawang US dolar pula berusaha mempertahankan pengukuhannya berbanding matawang utama dengan ketiadaan pemangkin utama yang boleh memacu pergerakan USD pada sesi Eropah.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada bacaan akhir bagi pertumbuhan GDP Amerika Syarikat bagi suku ketiga 2019 yang akan diterbitkan pada malam ini.

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat hari ini telah meluluskan perjanjian perdagangan AS, Mexico dan Kanada (USMCA) yang kemudiannya diserahkan kepada Senat AS untuk diluluskan.

Namun, kenyataan Senator AS Bernie untuk tidak akan menyokong perjanjian tersebut kerana ia dilihat tidak cukup untuk melindungi perkerjaan di Amerika, telah membantutkan pergerakan matawang loonie berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat