Pertumbuhan Sektor Perkhidmatan China Bergerak Perlahan – PMI Caixin

69

Berdasarkan laporan kaji selidik sektor swasta, aktiviti perniagaan sektor perkhidmatan China bagi bulan September meningkat dengan kadar perlahan sejak 21 bulan lalu berikutan fasa perniagaan baru bertumbuh sangat perlahan.

Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin di buat berdasarkan kaji selidik 400 buat syarikat SME. Laporan Indeks bagi bulan September jatuh pada kadar 50.6, bacaan tersebut merupakan paras terendah sejak Disember 2015 dan salah satu bacaan terlemah sejak kaji selidik itu mula dilakukan pada tahun 2005.

Tanda aras untuk menentukan keadaan ekonomi semasa yang positif melalui PMI adalah 50 dan keatas, manakala jika bawah 50 menunjukkan pengecutan. Indeks tersebut telah mencatat paras tertinggi 3 bulan lepas pada bulan Ogos iaitu sekitar 52.7.

Perkilangan Caixin di lihat mengalami pertumbuhan yang perlahan pada bulan September berbanding bulan sebelumnya. Namun tunggakan kerja berkurangan buat pertama kali dalam tempoh 5 bulan dan penawaran kerja juga perlahan.

Laporan kaji selidik juga menunjukkan sektor perkhidmatan mengalami kadar inflasi lebih rendah daripada sektor pembuatan sejajar dengan pandangan bahawa tekanan harga di China lebih tertumpu kepada peningkatan harga barangan bahan mentah yang belum lagi disalurkan kepada pengguna

Pada ketika ini China menumpukan pada pertumbuhan sektor perkhidmatan terutama dalam perkhidmatan kewangan dan teknologi dengan tujuan dapat mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap industri berat dan pelaburan.

Walaupun pertumbuhan Indek Caixin perlahan, namun aktiviti perkilangan masih lagi bertumbuh dengan pantas dari perkhimdatan.

Selain itu, komponen pembuatan dan perkhidmatan Caixin yang dikeluarkan pada hari ini jatuh kepada 51.4 pada bulan September berbanding bulan Ogos yang mencatat 52.4.

Pada 30 September lalu, bank pusat China mengeluarkan kenytaan bahawa, pegangan matawang tunai beberapa bank yang digunakan sebagai rizab dikurangkan buat kali pertama sejak Februari 2016 berikutan bagi menggalakan pinjaman kepada syarikat-syarikat kecil dan meningkatkan produktiviti sektor swasta.

Laporan ekonomi yang akan dikeluarkan beberapa minggu lagi dijangka akan menunjukkan peningkatan dan pulih daripada kesan pengetatan monetari polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat