Perubahan Sentimen Berisiko Akan Kembali Menekan Dagangan EUR/USD Lebih Rendah Semula

540

US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula pada dagangan Selasa selepas penyusutan ketara pada awal minggu disebabkan perubahan pada sentimen pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga yang mencatatkan kenaikan harian lebih 100 pips pada Isnin telah membuat penurunan sekitar 70 pips pada Selasa.

Ini adalah didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan semula kes jangkitan terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dengan laporan kes di California dan Texas masing-masing telah melepasi angka 10,000 sementara kadar ujian yang disahkan positif jangkitan di Florida melonjak kepada 16%.

Sementara matawang Euro dilihat lebih stabil dengan sokongan pada data ekonomi positif selepas data jualan runcit zon Eropah serta pengeluaran perindustrian di Jerman pamerkan bacaan yang meningkat.

Namun pergerakan harga pada carta EUR/USD lebih dipacu oleh dagangan US dolar yang dipengaruhi perubahan sentimen pasaran.

Harga yang membuat penurunan kini telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend bearish.

Pada dagangan yang bersambung hari ini, harga dilihat menguji paras sokongan yang dicecah harga semalam sekitar 1.12600 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju semula ke zon support 1.12000 yang gagal ditembusi sepanjang dagangan Jun lalu.

Namun jika kenaikan harga masih diteruskan dan berjaya melepasi paras tumpuan pada 1.13000, harga akan menguji zon resistance pada 1.13500.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula ke zon resistance di bawah paras 1.14000 yang menjadi rintangan pada dagangan Jun lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat