Perubahan Trend? Jualan ‘Fan Token’ Atasi Jualan NFT!

735

Orang lebih memilih token peminat sekarang dari NFT.

CryptoSlam, website pengagregat data non-fungible token (NFT), menyatakan hasil penjualan mata wang kripto jenis token peminat atau dikenali sebagai ‘fan tokens‘ melonjak 27.53% dalam masa seminggu berbanding NFT yang menjunam sebanyak 31.66%.

Menurut website tersebut, permodalan pasaran token peminat melonjak tinggi sebanyak 41.3% dalam tempoh yang sama ketika NFT mencatatkan peningkatan cuma 30.4%.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, token peminat membenarkan pelabur untuk terlibat dengan sesuatu kelab atau pasukan bola sepak dan e-sport, termasuk pengaksesan kepada mereka untuk dapatkan ganjaran atau mengundi dalam sesuatu keputusan.

Baru-baru ini Socios.com, platform token peminat di rantaian Chiliz, telah mengumumkan pengembangan ekosistemnya dengan penawaran token peminat bagi liga sukan popular lain seperti National Basketball Association (NBA), National Hockey League (NHL) dan National Football League (NFL).

Chiliz yang didagangkan pada US$0.2361 semasa artikel ini ditulis, telah mencatat kenaikan sebanyak 30% pada minggu lepas hasil sokongan lonjakan di pasaran kripto.

Dalam pada itu, data Dune Analytics melaporkan bahawa beberapa projek NFT telah didagangkan perlahan dan pasaran NFT terbesar dunia, OpenSea susut 17% nilai dagangannya dalam sepanjang minggu lepas.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat