Peruntukan RM5 Juta, Maxis Berusaha Bangunkan Sebuah Projek Inovatif

265

Maxis yang merupakan penyedia perkhidmatan digital dan penyelesaian sambungan memperkenalkan sebuah projek inovatif yang dikenali sebagai Maxis Awards.

Projek tersebut adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memperkasakan syarikat Malaysia yang inovatif dalam membantu negara ke arah perubahan yang lebih positif.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong menyatakan bahawa program ini dibangunkan bagi mendorong idea-idea yang mempunyai potensi tinggi dalam memajukan negara.

Susulan itu, peruntukkan sebanyak RM5 juta akan dilaksanakan bagi pembangunan dan rangsangan ke atas 12 projek dalam negara ini dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Tujuan kami adalah untuk merealisasikan idea serta projek yang bakal membolehkan masyarakat Malaysia ke arah kemajuan selain memberi inspirasi kepada komuniti,” tambahnya.

Pemenang anugerah bakal dipilih berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu nilai untuk komuniti, inovatif serta berkemampuan teknologi yang padu.

Melalui langkah itu, setiap perusahaan akan menerima geran dan kepakaran penyelesaian Maxis Business bagi membantu merealisasikan idea tersebut.

“Kami mencari idea dan inovasi yang baharu dengan melibatkan penggunaan teknologi yang mantap serta yang paling mempunyai yang kuat dalam memberi manfaat kepada masyarakat,” kata Tai.

Program penghargaan bakal dilaksanakan dengan kerjasama daripada platform Tatler Asia iaitu Gen.T dan Maxis berhasarat untuk mengerakkan usaha ini ke arah inisiatif tahunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat