Pesawat Terbangkan ‘Virus’ Disekat Hong Kong !

394

Menurut sebuah laporan, pihak berkuasa Hong Kong telah mengemukakan larangan terhadap penerbangan Cathay Dragon dari Kuala Lumpur dan Air India, setelah beberapa orang penumpang disahkan positif Covid-19. Berdasarkan undang-undang kesihatan yang telah diperketatkan mulai 15 September yang lalu, syarikat penerbangan yang membawa ramai penumpang positif COVID-19 diharamkan memasuki Hong Kong.

Lebih mengejutkan ialah Air India telah pun menerima larangan yang sama sebelum ini gara-gara menerbangkan seramai 6 individu yang dijangkiti.  Pada waktu yang sama, Cathay Dragon turut membawa 5 penumpang positif Covid-19 setelah transit di Kuala Lumpur.

Berikutan dengan insiden berkenaan, kedua-dua syarikat penerbangan tersebut terpaksa dihentikan operasinya sehingga 3 Oktober. Syarikat penerbangan Air India telah pun digantung manakala laluan transit Cathay Dragon iaitu Kuala Lumpur terpaksa ditutup.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan rakyat India tidak dapat pulang semula ke Hong Kong setelah terkandas di luar negara dalam tempoh masa yang lama.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Cathay Dragon, syarikatnya telah pun dimaklmumkan oleh pihak berkuasa Hong Kong bahawa terdapat 5 penumpangnya yang disahkan positif Covid-19 yang menaiki penerbangan KA734 dari Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu. Tambahnya lagi, mereka telah menaiki pesawat Air India Express ke Malaysia sebelum meneruskan perjalanan dengan Cathay Dragon.

Selain itu, pesawat yang sama turut dikesan membawa seramai 4 penumpang positif Covid-19 dari India pada 11 September yang lalu. Di samping itu Jabatan Kesihatan Hong Kong juga mendedahkan bahawa 6 penumpang Air India Express yang tiba pada 18 September lalu turut disahkan positif Covid-19.

Untuk pengetahuan semua, India telah pun mencatatkan lebih 5.4 juta kes jangkitan Covid-19 serta merekodkan hampir 88,000 angka kematian.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat