Petanda Bankrap? $12 Bilion Lesap Dari Aset Binance!

685

“Harapnya Binance pulihlah nanti, kalau tak mesti pelabur lagi tak percaya dengan kripto.”

Susulan kejatuhan FTX, para pelabur masih berada dalam ketakutan apabila mereka berpusu-pusu menjual mata wang kripto masing-masing daripada syarikat gergasi exchanger kripto Binance.

Hal ini berikutan kerana pelabur didapati mengeluarkan sebanyak $360 juta pada hari Jumaat lepas sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) menegaskan bahawa syarikatnya berada dalam keadaan terkawal.

Selain itu, pelabur turut bertindak menjual aset digital mereka secara pantas apabila Binance Coin (BNB) menjunam sebanyak 29% dalam tempoh dua bulan manakala Binance USD (BUSD) pula kehilangan $12 bilion.

Sementara aset Binance dilaporkan telah hilang hampir 15% bernilai $3 bilion pada minggu lepas ketika CZ menafi dakwaan yang mengatakan beliau mengeluarkan aset digitalnya secara senyap.

Diselusuri dengan jumlah nilai Binance yang telah gelincir sebanyak 24% sejak November lalu, aset digital seperti MATIC, APE dan GALA pula susut sekitar 40% hingga 50%.

Melalui pemerhatian lebih lanjut, pegangan BUSD semakin berkurangan apabila hilang sebanyak $1 bilion pada 25 November dan 14 Disember, di mana kerugian bersih aset digital itu secara keseluruhannya adalah hampir $3.46 bilion.

Situasi berikut merupakan antara sebab kebanyakan individu semakin berhati-hati untuk melabur dalam Binance berikutan mereka bimbang pengeluaran secara berterusan akan memberi kesan negatif terhadap aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat