Petanda Bankrap? Selepas Jepun, Kraken Tutup Operasi Di Negara Ini Pula!

184

“Kalau bukan sebab kejatuhan pasaran kripto mesti tak jadi macam ni kan.”

Selepas dianugerahkan lesen tempatan kurang daripada setahun, syarikat exchanger mata wang kripto terkemuka Kraken menutup ibu pejabatnya di Abu Dhabi sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk berhentikan lebih satu pertiga pekerja mereka di seluruh dunia.

Sudah sedia maklum Kraken telah memberhentikan sejumlah ahli pasukannya yang berpusat di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Walaupun Kraken mengakhiri urus niaga dalam Dirham Emiriah Arab Bersatu (AED), para pelanggan yang berada di rantau tersebut masih dibenarkan untuk guna platform syarikat itu melalui mata wang fiat disokong syarikatnya.

Sementara pelanggan yang membuat deposit dalam AED secara automatik akan ditukar kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

Sebagai rekod, Kraken didapati menghentikan operasinya di Jepun pada bulan lepas dan berhasrat kurangkan kakitangan mereka sebanyak 1,100 individu pada akhir November 2022.

Pun begitu, syarikat tersebut ingin kekalkan beribu pekerjanya di MENA untuk mengembangkan lagi perkhidmatan mereka, ulas Benjamin Ampen, pengarah urusan Kraken di wilayah tersebut.

Selain Kraken, syarikat seperti Coinbase, Crypto.com dan Gemini turut memberhentikan pekerja susulan volum dagangan kripto semakin susut sungguhpun harga aset digital sejak awal tahun 2023 melihat lonjakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat