Petisyen ‘Senaraikan Koin Shiba Inu (SHIB) Di Robinhood’ Menarik Perhatian Komuniti Kripto

1,359

Satu petisyen khusus berkaitan penyenaraian Shiba Inu (SHIB) dikatakan telah berlangsung, meminta platform perdagangan Robinhood untuk menyenaraikan aset tersebut sebagaimana mereka menyenaraikan Dogecoin (DOGE).

Petisyen “Kindly request of Robinhood to list Shiba Inu coin” memerlukan 300,000 persetujuan dan ketika artikel ini ditulis, sebanyak 244,754 persetujuan telah direkod.

Penyokong SHIB melihat penyenaraian DOGE di Robinhood sebagai satu kejayaan dan peluang untuk menarik perhatian platform tersebut agar turut sertakan aset kegemaran mereka.

Pada masa yang sama, kejayaan tersebut turut mengundang tuah kepada Robinhood apabila menyaksikan keuntungan yang luar biasa pada tahun ini.

Sementara itu pada awal Oktober, Robinhood telah mengumumkan rekod pendaftaran awal wallet kripto, Wen Wallet telah mencapai rekod 1 juta pendaftaran dari kalangan individu yang berminat dengan projek terbaru ini.

Sehingga ke hari ini masih belum ada perkembangan daripada Robinhood berkaitan Wen Wallet.

Bagaimanapun, COO Robinhood, Christine Hall ada menjelaskan pelancaran wallet akan mengambil masa yang lama kerana mereka mahu memastikan pemindahan kripto di platform itu adalah selamat, mudah, dan terlindung daripada ancaman berpotensi.

Tidak cukup dengan itu, Hall menyifatkan projek ini merupakan satu permulaan komitmen mereka terhadap industri kripto secara serius.

Ketika penulisan, dalam tempoh 24 jam kedua-dua aset ini mencatatkan nilai:

  • DOGE: $0.22 (susut lebih 3%)
  • SHIB: $0.00002625 (susut lebih 10%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat