Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis!

588

Sektor syarikat Amerika Syarikat pada bulan Disember didapati telah menambah bilangan pekerjaan paling banyak dalam tempoh 7 bulan. Ini membawa indikasi bahawa lebih ramai dalam kalangan masyarkat telah kembali bekerja dan mengisi kekosongan tawaran pekerjaan daripada majikan.

Laporan daripada Institut Penyelidikan ADP melaporkan bahawa Jumlah gaji perniagaan meningkat sebanyak 807,000 bulan lepas, selepas peningkatan 505,000 yang disemak semula pada bulan November. Bacaan bulan lepas juga jauh mengatasi ramalan pakar ekonomiyang mensasarkan kenaikan hanya 410,000.

“Pertambahan pekerjaan adalah lebih meluas, kerana pengeluar barangan menambah bacaan paling kukuh tahun ini, manakala penyedia perkhidmatan mendominasi pertumbuhan,” kata Ketua Ekonomi ADP Nela Richardson dalam satu kenyataan.

Perolehan gaji yang lebih besar daripada jangkaan mungkin menunjukkan bahawa majikan berhasil menambah pekerja dalam pengambilan pekerja pada bulan Disember, kerana gaji yang lebih tinggi dan tawaran kerja yang menarik telah menarik orang ramai kembali bekerja. Walaupun begitu, lonjakan jangkitan Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini boleh memberi kesan kepada pengambilan pekerja jika lebih ramai rakyat Amerika menarik balik aktiviti seperti melancong, menjamu selera di restoran dan penutupan perniagaan.

Data ini dikeluarkan menjelang laporang pekerjaan NFP pada hari Jumaat kelak dimana penganalisis meramal bahawa A.S akan menambah 410,000. Data ADP tidak selalunya sejajar dengan data NFP dimana Data ADP mewakili firma yang mengaji hampir 26 juta pekerja di A.S.

Indeks US dolar mengalami penyusutan berbanding enam matawang utama susulan data ADP dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat