Pewaris Samsung Bakal Dipenjarakan?

531

Pewaris syarikat teknologi gergasi, Samsung iaitu Lee Jae-yong akan berdepan pertuduhan berkaitan penipuan saham dan perakaunan untuk mengambil alih Samsung Group.

Lapor BBC, pendakwa raya Korea Selatan hari ini mengemukakan dakwaan terhadap Jae-yong berhubung isu penyelewengan berkaitan penggabungan dua unit Samsung pada 2015.

Jae-yong, 52, bagaimanapun tidak akan ditahan selepas mahkamah Seoul menolak permohonan waran tangkap ke atasnya pada Jun lalu.

Pada masa yang sama, pendakwa raya menolak cadangan daripada juri awam yang menuntut Jae-yong tidak sepatutnya didakwa.

Jae-yong berdepan pendakwaan pada 2017 selepas didakwa terbabit dalam skandal rasuah membabitkan bekas Presiden, Park Geun-hye.

Beliau didakwa atas beberapa pertuduhan termasuk rasuah, penyelewengan wang, menyembunyikan aset di luar negara dan perjury, menyebabkan beliau dipenjarakan selama 5 tahun.

Namun enam bulan kemudian, hukuman itu dipendekkan kepada 2.5 tahun dan Mahkamah Tinggi Seoul memutuskan untuk membatalkan hukuman penjara terbabit dan Jae-yong dibebaskan.

Dalam kes pada 2017 itu, Samsung didakwa membayar AS$35.7 juta kepada dua yayasan bukan berasaskan keuntungan yang dikendalikan oleh Choi Soon-sil, yang merupakan rakan kepada Geun-hye, sebagai tanda mahukan sokongan politik.

Sokongan berbentuk politik itu termasuklah menyokong gabungan Samsung yang akan membantu Jae-yong untuk menjadi ketua syarikat berkenaan.

Jae-yong menafikan tuduhan itu dan beliau mengaku membuat sumbangan itu namun Samsung tidak meminta apa-apa sebagai balasan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat