Pfizer Umum Dos Penggalak Mereka Mampu Melawan Varian Omicron!

513

Syarikat Pfizer dan BioNTech’ menyatakan tiga dos suntikan vaksin mampu menawarkan perlindungan yang tinggi terhadap varian Omicron Covid-19. Kajian awal mendapati bahawa dos penggalak vaksin dapat meningkatkan ketahanan badan sebanyak 25 kali ganda berbanding dengan siri dua dos awal.

Suntikan peggalak menunjukkan kebolehan melawan pandemik yang setanding dengan perlindungan 95% yang disediakan oleh dua dos terhadap strain asal Covid-19. Syarikat tersebut menyatakan dua dos vaksin mampu mengurangkan serangan Omicron dan meneutralkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla dalam satu kenyataan bersama dengan BioNTech menyatakan bahawa “Walaupun dua dos vaksin mungkin masih menawarkan perlindungan terhadap penyakit kronik yang disebabkan oleh strain Omicron, namun kajian awal suntikan penggalak dapat meingkatkan perlindungan lebih tinggi”.

Bourla menambah dengan menggalakan masyarakat awam yang masih belum mendapatkan vaksinasi sebanyak dua dos agar mendapatkannya bersama dengan dos penggalak kerana ia adalah tindakan terbaik untuk mencegah penularan Covid-19.

Dimaklumkan bahawa Pfizer dan BioNTech sedang berusaha untuk mencatat hasil yang sama dalam kajian awal untuk tempoh satu atau dua minggu. Turut dinyatakan bahawa syarikat Pfizer akan mempunyai data yang mencukupi menjelang akhir bulan untuk menentukan sama ada dos penggalak cukup untuk melawan omicron atau jika vaksin baharu diperlukan.

Walaupun saintis percaya bahawa omicron merebak lebih cepat, mereka telah mengatakan bahawa lebih banyak data diperlukan untuk menentukan korelasi penyakit yang disebabkan oleh varian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat