Pfizer Usulkan Permohonan Penggunaan Kecemasan Vaksin Di India

219

Pfizer Inc merupakan firma pertama yang mengemukakan permohonan kegunaan kecemasan vaksin di India susulan daripada rekod jangkitan koronavirus kedua tertinggi di dunia.

Pengumuman tersebut telah didedahkan oleh penasihat kesihatan dalam satu temubual televisyen pada Ahad.

Sebelum ini vaksin COVID-19 keluaran firma Amerika Syarikat (AS) itu telah diluluskan di Britain sebelum mendapatkan kebenaran pentadbiran India pada Sabtu.

Menurut penasihat kerajaan mengenai jangkitan koronavirus, V. K. Paul, kebiasaannya pengawal selia ubat India mengambil masa 90 hari untuk mempertimbangkan permohonan kebenaran penggunaan.

Namun, keputusan untuk penggunaan vaksin Pfizer tidak akan memakan masa yang lama.

Terdahulu pada November, Paul memberitahu vaksin yang diusahakan oleh kedua-dua firma Pfizer dan Moderna Inc tidak tersedia dalam kuantiti yang besar untuk India, menyebabkan mereka mengharapkan vaksin dari AstraZeneca dan Oxford University.

Sehingga hari ini, jangkitan COVID-19 di India telah meragut 140,590 nyawa dan kes aktif mencatat jumlah sebanyak 396,712 kes, membawa kepada jumlah keseluruhan mencecah hampir 10 juta kes.

Bagaimanapun, pihak kementerian kesihatan India dan Pfizer tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat