Pihak Berkuasa UK Tubuhkan Pasukan Khas Kripto!

110

“Mungkin dengan adanya pasukan khas jenayah kripto takkan berlaku lagi.”

Demi menyiasat jenayah mata wang kripto secara proaktif, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom (UK) bersedia membentuk pasukan baharu dinamakan National Cyber Crime Unit (NCCU) Crypto Cell yang terdiri daripada lima pegawai.

Dilaporkan bahawa badan kerajaan dan pakar kripto bakal bekerjasama untuk membantu penyiasatan baru dah sedia ada agar berjalan dengan lancar.

Menurut jurucakap NCA, badan pencegahan jenayah sejak dahulu lagi berperanan untuk membanteras jenayah kripto, namun dengan adanya pembentukan pasukan baharu ia dapat lebih memfokuskan isu mengenai aset digital itu.

Tambahnya lagi, kripto yang semakin terdedah dengan jenayah siber telah menjadi penyebab NCA sering kali perlu terlibat dalam penyiasatan berkenaan kes tersebut.

Suka dimaklumkan bahawa individu berpengalaman dalam penyiasatan forensik blockchain yang berhasrat untuk bekerja di NCCU haruslah memohon jawatan itu sebelum 10 Januari, di mana gaji yang ditawarkan dianggarkan adalah antara $48,200 dan $52,400.

Terdahulu pula pada bulan September, Parlimen UK memperkenalkan Rang Undang-Undang Jenayah Ekonomi dan Ketelusan Korporat supaya pasukan polis mempunyai kuasa untuk mencegah penjenayah yang menyalahgunakan ekonomi terbuka UK.

Dalam pada itu, NCA secara keseluruhannya telah merampas sekitar £27 juta bernilai $33 juta aset digital pada tahun 2021 hingga 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat